Lonely Girl

Friday, 20 May 2011

Persahabatan Dan Percintaan...


Antara cinta dan persahabatan..
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya..
Akan ku pilih kedua-duanya..
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku..
Cinta..
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya..
Kerana di sebalik keindahan cinta itu..
Tersirat seribu kepahitan..
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa..
Seorang pencinta setia..
Tatkala ikatan diundang kekecewaan..
..
Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa..
Yang mempunyai hati dan perasaan..
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini..
Tak terungkai dengan bicara di bibir..
Tak tergambar dengan lakonan..
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi..
Lahirnya dari hati seorang insan..
Berakal,beremosi,penyayang dan berperasaan..</span>
..
Persahabatan..
Suatu ikatan yang lahir dari hati..
Keinginan yang ikhlas..
Bagi berkongsi tangis,tawa,kasih sayang serta keakraban..
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya..
Tentang impian dan pengertian hidup ini..
..
Persahabatan yang murni dan suci..
Adalah sebuah perhubungan di sulami dengan benang kejujuran..
Di warnai dengan keikhlasan..
Di curahi dengan kasih sejati..
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan..
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan..
..
Teman yang budiman..
Mengertilah maksudku ini..
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku ini..
Sejak perkenalan kita..
..
Kita bina tugu persahabatan..
Yang di pagari besi kedewasaan..
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita..
Tak tumbang dek rintangan..
Hanya satu pintaku..
Agar dikau sentiasa mengingati diriku..

No comments:

Post a Comment